EXO - OVERDOSE
ENTRY ABOUT OFFICIAL LINKS TWITTER FACEBOOK
Putera Untuk Si Kupu-Kupu
Thursday, 26 December 2013 • 04:01 • 2 comments
          
    “Apa ?! Along kena kahwin dengan mamat poyo tu ?!”

               “Ish along ni. Suka hati je panggil dia tu mamat poyo.  Se poyo poyo dia tu, dia tu tetap jadi bakal suami along tahu tak ?”

                “Ish mama ni. Tak nak along jadi isteri mamat poyo seantero dunia tu. Eii,, tak sanggup along.” Gadis yang masih belasan tahun itu mengeleng-gelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak sanggup.

                “ Ala, first first aje cakap tak sanggup. Nanti , bila dah kahwin, ha terus lupa dengan mama dengan papa.”

               “ Ma, tak ada maknanyalah. Along takkan lupa mama dengan papa. Melainkan mama dengan papa yang dah lupa dekat along, mama dengan papa dah tak sayangkan along. Ha, ni ha, dah sampai suruh along kahwin time usia tak ambil SPM lagi ni ha.” Gadis itu memandang mamanya sambil membuat muka kesian. Dia berharap sangat agar mamanya akan bertukar fikiran .

                 “Hish, macam manalah mama nak lupa dengan anak mama yang sorang ni. Asyik ada dekat bawah ketiak mama aje  selama 18 tahun ni.” Datin Sri Sallina tersenggih senggih sambil mengusap lembut kepala anak tunggalnya. Sebenarnya dia juga berat hati mahu menikahkan anaknya yang satu itu pada usia masih belasan tahun itu, cuma dia tiada pilihan lain.

                  “ Ma, mama ingat ni cerita drama ke ? .. Cerita novel ? Yang kena kahwin sebelum ambil SPM ? Hish, mama ni. Kalau buat rancangan pun janganlah sampai tak lojik macam tu.  Yang dalam novel , drama apa semua tu, semua ada pengarahlah mama.”

                   “ Adriana, sekarang ni, mama pengarahnya . Adriana kena ikut cakap mama. Mama tahu semua benda ni macam tak lojik aje, tapi nak buat macam mana dah itu takdirnya.”

                     Adriana menelan air liurnya.Ni kalau dah panggil nama, dah cakap pasal takdir, memang dah tahap error 404 dah ni. Adriana sempat lagi mengomel di dalam hatinya. Adriana menjuihkan bibirnya sambil membuat muka kesian.

                 “ Mama, maafkan along, sebab selama ni pun along kadang kadang tak dengar cakap mama. Tapi please.... tolong.. kali ni je. Along tak boleh nak tunaikan permintaan mama ni. Mama nak along kahwin dalam usia 18 tahun ? Belum ambil SPM lagi ? Ma, along nak betul betul fokus dalam exam nanti. Kalau along kahwin, rasa rasanya nanti semua fail. Buat penat je along belajar selama ni.” Sudah keluar dah ayat sadis dia. Dia harap ayat ayat SPM nya akan termakan oleh mamanya.

                “ Hmm tak apa. Kalau along fail SPM pun tak apa. Sebab along dah ada suami yang dah sudi tanggung along. So, along tak payahlah susah susah nak cari kerja ke apa. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa aje.” Datin Sri Sallina masih dengan gaya memaksa supaya Adriana bersetuju untuk berkahwin dengan anak kawan baiknya.

                  Namun kata kata Datin Sri Sallina membuatkan mulut Adriana ternganga dan membentuk huruf ‘o’ .  Sungguh dia tidak sangka yang mamanya akan berkata begitu. Selama ini mamanya yang menyuruh supaya Adriana mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang peguam terkenal. Kini sebaliknya pula ?

               “ Hish along ni. Mama main main aje lah. Joking joking. Tak kan along percaya pulak. Tak ada maknanya mama nak along jadi suri rumah tangga aje. Masak pun belum terror macam mama. Lagi satu, along still ingatkan pesan mama.. untuk jadi lawyer terkenal.” Datin Sri Sallina mencuit hidung mancung milik anak gadisnya. Dia sengaja mengenakan anaknya tadi.

                   “ Ingat mama.” Jawabnya dengan suara mendatar.
                    “ Along... please... mama tak ada pilihan lain. Mama dengan papa ada bisnes penting dekat London. Tak kan along nak tinggal dekat Malaysia sorang sorang.” Pujuk Datin Sri Sallina sambil mengusap tangan Adriana yang berada di atas peha.

                      “ Mama, it’s fine for me kalau betul betul dah tak ada pilihan lain... along boleh je stay dekat Malaysia ni selama setahun. Sementara tengah jawab SPM.....Ha, lepas dah jawab SPM tu, along pergi lah ikut mama dengan papa ke London. Amacam ?” Adriana menaikkan kedua dua keningnya dengan senyuman lebar. Dia harap rancangannya berjaya. Dia lebih rela duduk sorang sorang di Malaysia daripada terpaksa kahwin. Dengan mamat poyo pula tu !
                   “ No, Puan Sri pun dah setuju. Tak kan mama dengan papa yang decided untuk kahwin kan kamu berdua , tiba tiba mama yang nak batalkan. Mama nak cakap apa dengan Puan Sri.”

                     “ Ala, mama cakap jelah tak jadi. Lagi pun, nak ke si mangkuk hayun tu kahwin dengan along.” Adriana membuat muka meluat apabila terbayangkan mamat poyo itu.

                     “ Macam mana kalau dia setuju ?”

“ AQIEL TAK SETUJU !”

                     “ Ala, kenapa pulak tak setuju. Dia kan kawan satu sekolah dengan Aqiel. Lagi pun mummy tengok baik aje budak tu ha.”

                       “ Itu bagi pandangan mama. Mama tahu tak, dia tu dahlah pengawas sekolah. Garang dia, macam singa hilang anak. Mama tahu tak ?”

                        “ Aqiel, tak baik cakap macam tu. Mungkin dekat sekolah je dia garang macam tu. Itu sebab dia menjalankan tugas dia sebagai pengawas. Mana tahu kalau dekat rumah perangai dia lain pulak. Ha, hari tu, masa mama datang rumah dia, bukan main baik lagi dia tu. Dia tu baik tau, pakai tudung, sopan aje mama tengok.”

                        “ Hish, mama tahu tak. Itu depan mama je dia buat macam tu. Dekat sekolah, nauzubillah . Tak terkata apa. Dia punnya garang.. Fuhh,,, bila dia datang je... bayangkan mama, selangkah dia datang, 50 kilo batu kita orang dah cabut dulu.” Haqiel bercerita penuh gaya. Dia sendiri tidak dapat membayangkan yang dia akan berkahwin dengan Adriana anak Datin Sri Sallina si pengawas sekolah itu.

                           “ Amboi amboi amboii .. mulut dia.. Kalau buatnya dia ada dekat sini. Lepas tu dengar apa yang Aqiel cakap, dah lama dah kena rembat , kalau betullah macam yang Aqiel cakap tu.”

                             “ Hish , mummy.. Aqiel tak nak ah kahwin dengan dia.”

                            “ Tapi sorrylah anakku sayang... Mummy dah TERcakap setuju dah dekat Datin Sri Sallina. Mama tak sengaja..” Sengaja Puan Sri Hazirah menekankan perkataan ‘ter’ dan terus berlalu pergi dengan muka yang tidak bersalah walaupun dia melihat muka anaknya itu sudah terkejut sakan.


                             “ Mummy ! Kenapa pergi setuju tak bagi tahu Aqiel ?” Dari duduk di sofa terus sahaja Haqiel berdiri mendapatkan Puan Sri Hazirah  yang sudah berlalu menaiki tangga. 

Labels:



FUTURE
ANNYEONG HASEYO


~ SING THE SONG ~
Welcome To EXO Blog ..

MY BIOZ



MORE PAGE


EXOTIC'S ARCHIVE !



CREADIT
Template :Adrianna
Tutorial : Atiqah
Pictures : Google
Best View : Google Chrome